• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • Kelisa broke down

    Tuesday, December 20, 2011
    Hari ni papa outstation so mama kene drive ke ofis. Hari ni jam nya lain macam skit. Dari Sungai Buloh dah nampak kesesakkan, tapi still bergerak walaupun slow moving. Masuk tol PJ/Damansara pun sama. Sangat berbeza dengan trafic semalam. Hari ni lebih jam...ingatkan cuma jam di Tol PJ/Damansara jer, jam ni berkait terus sampai ke Bangsar. Walaupun begitu kereta masih bergerak, tapi slow moving.

    Masa di highway tadi sempat jugakla jeling2 meter temperature engine. Nampak ok sebab jarum di "C". Masa jam di Bangsar mata ni tak memandang plak ke meter ni. Kereta Kelisa ni baru jer tukar compressor last week. Sebab sebelum ni papa dah kena, Kelisa over heated.

    Elok jer masuk di Jalan Damansara di depan blok kedai Victoria Station tiba2 engine depan berasap....oh oh oh nasib baik ada tempat nak mencelah ke tepi...agak panik sebab tak pernah kena kereta rosak macam ni. Terus matikan engine n call papa. Takde buat pape pun...nak buka engine depan pun tak...papa plak dah lepas dari KL. Memang tak boleh nak patah balik.

    Selama lalu jalan ni, tak pernah perasan pun ada motor peronda. Elok jer berhenti ke tepi tak sampai berapa second datang motor Peronda Sprint. Mengawal lalu lintas yang dah memang sesak. Kemudian datang lagi satu motor peronda. Sorang kawal lalu lintas sorang check engine kereta. Oh rupanya air tangki di engine dah kering...

    Di saat2 kecemasan macam ni, dalam kereta apa pun takde. Air takde kain buruk pun takde. Grrr...sangat stress. Jalan dah pkl 8.40 am. Memang tak sempat nak masuk office on time ni. Message office dulu bgtau masuk lambat. Nasib baik kene di jalan Sprint. Kalau tak siapala nak tolong. Kemudian van peronda Sprint datang bawak air.

    En Peronda mengisi air ke dalam bekas putih yang kontang
     Uhuuu...en peronda cakap dah isi air ni boleh la jalan. Sebab dah dekat sangat nak sampai ke Menara UOA. I ni takde la confident sangat nak bawak Kelisa ni dah. Tapi nak buat macam mana kan. Terpaksa jugakla. Kasi duit skit kat en peronda kerana telah menolong dengan ikhlas. En dua orang tu taknak. Taknak taknak last2 ambik jugak...takpe la ikhlas kerana ada pertolongan sampai.

    En Peronda yang mengisi air 
    Bila mula jalan, sepanjang jalan Maarof masih sesak. Temperature kereta masih naik, sudah panik. Dua kali  traffic light masih tak lepas kat  Maarof ni. Kereta dah mula berasap balik...lagi 3-4 biji kereta nak lepas lampu isyarat. I terus berhenti kereta, ingatkan nak berhenti emergency. Elok jer tak lama lepas tu hijau. Terus masuk kereta balik start engine n park kat sebelah Bangsar Shopping Centre. 

    Park kat tepi Bangsar Shopping Centre, buka engine depan.
    Papa cakap atuk OTW. Sebab I memang tak reti nak bawak kereta ni ke bengkal. Bengkel ada kat mana pun tak tahu. Sementara melepak2 di tepi hutan ni ada plak WiFi free...takde la buhsan sangat sorang2...boleh update status kat fb...

    Lepas engine sejuk teruskan perjalan ke arah Menara UOA. Sangatla sakit hati sebab kenderaan yg berada di depan I adalah TRACTOR! Punyala slow, dah la orang nak bawak laju supaya engine ni tak panas...dapat plak kenderaan slow motion kat depan I ni. Sekali lagi berhenti di Lorong Maarof 1. Cari tempat yg redup n park. Lebih 40 minit menunggu atuk kat sini sempat la makan burger seketul. Nasib baik ada bawak bekal...cumanya takde air la...

    Atuk sampai, I naik dulu ke office thumb in. Dah lambat dekat pukul 11 am. Lepas tu turun ke bawah semula nak hantar kereta ke workshop. Workshop cakap, gas bocor. Pasang compressor tak betul. Advisable to send back to our workshop...

    Okla lepas dapat advice, dia ckp boleh drive balik cuma jangan on aircond, jam takper temperature takkan naik sebab kipas OK. Nasib baik ada atuk temankan, dia lebih tahu nak explain. Wallaaaaa wey...mananya tol Duta tu tak jam kan...nerves dah...dugaan betul. Okla ambik kereta park @ bangunan MARA.

    Nak balik keluar on time. Hujan selebat2nya. Atuk follow dari belakang disepanjang drive hingga ke susur Shah Alam.

    Hujan lebat di lobi UOA
    Sepanjang perjalanan dari Office ke Tol Duta jam...tapi gerak slow moving...monitor suhu ok tak naik. Alhamdulillah hujan rahmat yang turun ni. Dapat juga membantu menyejukkan engine I. Masuk jer highway bawak dalam 70 km/jam jer. Temperature terus turun ke C. Balik terus hantar kereta ke workshop. Kedai dah tutup tapi sebab papa dah call, ada orang yg stay tolong hantar mama balik rumah...uhuuu dalam kereta mama cite la apa dah jadi. Siap cakap ni kira kali ke 4 dah kereta ni kena baiki sebab benda yang sama...uhuuu...sabor jerla...hari tu bunyi macam engine lori. Mula2 letak gris...tak jalan balik rumah bising...then datang lagi, tukar kipas haaa baru ok...baru jer ok tang bunyi tu jadi ni lak...stress stress...

    Esok nampak gayanya kena la tumpang Pak Lang ke office. Kene bangun awal nampaknya. Pkl 7 am dah nak keluar rumah. Message mak dan ayah untuk beritahu dah selamat sampai ke rumah...apapun bersyukur kerena selamat dan mampu atasi semua dugaan ini. Kalau tak kene tak pernah belajar kan...kan...baik atau buruk, I bersyukur kerena dapat lalui pengalaman ni...lain kali tau dah...

    0 comments:

    Assalammualaikum...

    Tuesday, 15th June 2010

    I launched my online shop



    Danisyiah Hijab

    Come and shop for nice hijab...thanks for your support :))