• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • In memory...

    Saturday, December 31, 2011

    Beberapa jam lagi, masa akan mengenjak ke tahun 2012 bersamaan 1433 H. Banyak perkara yang berlaku di sepanjang tahun 2011 yang tak mungkin akan di lupakan. Hidup ini tak semesti selalunya indah bukan? Kesediahan kesusahan juga sebahagian asam garam kehidupan. Memahami hidup selama ini membuka mata hati, kadang kala kesusahan dan cabaran itu menjadikan kita manusia yang lebih matang dan berjiwa besar. Ada pepatah mengatakan untuk mengetahui kesedapan sesuatu Teh itu adalah apabila ia berada di dalam keadaan yang panas..sangat bersesuain dengan perumpamaan hidup ini. 

    Berfikir bagai mana diri ini akan menjadi manusia yang hebat. Menjadi ibu yang hebat, isteri dan anak yang soleheh, pekerja yang berjaya. Jauh lagi perjalanan menjejak tahap profesional. Melihat ilmu Allah yang Maha luas, tak  termampu menggapai segalanya. Kadang kala masa 24/7 terasa terlalu singkat. Pejam celik sudah di penghujung tahun...apa yang ku capai di sepanjang tahun ini...? Ternyata manusia banyak membazir waktu...kesempatan, augerah yang ALLAH berikan...aku cuba belajar menjadi manusia yang bersyukur walaupun dengan sedikit anugerah dan kurniaanNYA. Ternyata bersyukur dengan yang sedikit itu lebih baik dari berpaling darinya...

    Tahun 2012 menjelang selepas 12 am. Tidak semestinya azam baru itu di mulakan hanya di awal tahun. Penghijrahan tiada had pada tarikh tertentu. Setiap masa dan detik aku selalu berdoa untuk kebaikkan diri dan keluarga. Semoga menjadi insan yang terpilih di sisi ALLAH. Amin

    Selamat datang 2012


    0 comments:

    Assalammualaikum...

    Tuesday, 15th June 2010

    I launched my online shop



    Danisyiah Hijab

    Come and shop for nice hijab...thanks for your support :))