• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • Ahad...

    Sunday, February 26, 2012
    Aktiviti hari ini hanya berkisar di rumah saje...papa bawa anak2 pergi potong rambut. Kali ni mama tak ikut sebaaaaabbbbbbb...nanti adik ngada2 taknak duduk di kerusi potong rambut. Pengalaman lepas...dia melalak meraung sambil macha potong rambut dia...kali ni nak test kalau pergi dengan papa n Danish jer apa jadi...

    Seperti yang kami jangka...adik GOOD BOY! Boleh duduk sendiri di kerusi, tanpa banyak cerita...tadaaaaaa...rambut adik dah potong. Tapi ekor belakang masih simpan yer...papa sayang nak potong :)


    Ha ni pendek betul ni

    Last time potong, buruk sangat sebab Darwish meronta2

    Hihi muka nakal dia
    Danish ok jer...dari kecil dah biasa potong rambut. Kali ni potong rambut Danish pendek sikit. Kasi sondol belakang...cepat sangat panjangnya rambut dia...klu pendek macam ni boleh bertahan 2 bulan kot. Balik jer kedai terus mandi. Rambut bersepah2 nanti miang.

    Obsess dengan Bumblebee

    Add caption

    Melukis Bumblebee

    Sabtu yang mandom

    Saturday, February 25, 2012
    Hari ni sangat mandom rasanya. Dari malam tadi plan nak bawa anak anak ke Genting. Tapi tengok cuaca panas sangat. No point nak pergi Genting. Nak keluar ke KL pun tak jadi...sudahnya duduk di rumah jer. Sangat malas rasanya hari ni...first time tidur pagi dan petang. Dulu jarang tidur petang2. Tapi lately ni kalau weekend jer tidur petang sama2 dengan boboi. Muka pun dah tembam dah sekarang. 

    Tengahari keluar lunch @ Restoran Ikan Bakar, baru buka di Adenium. Uhhhhh kedai ni bakal dipangkah. Dahla ikan nya tak berapa masak, semua makanan sejuk. Then mahal. Makan untuk berdua RM19. Baik pergi makan kat kedai Sukho Thai macam ni, puas hati mahal pun...kedai nampak selesa dan bersih. 

    Plan nak bawa anak2 naik basikal petang2 pun tak jadi. Semua bangun tidur pukul 7 pm. Uhuuuu kenyang dek tidur jer hari ni. 

    Masa lunch anak2 makan sikit. Bila dinner semua makan double. Lepas makan nasi goreng n satay. Nak ice cream pulak. Sorang makan dua cone. Cone dah habis kalau tak mesti nak lagi...esok kita beli cone eh, sebab ice cream ada banyak lagi. Tengah berfikir2 sekarang. Macam mana nak ajar adik minum susu guna botol. Dah dua bulan adik taknak minum susu dalam botol. Nak kene beli susu chocolate ke macam Danish dulu? Hmmm...kene fikirkan sesuatu. Adik sanggup tunggu mama balik kerja baru nak breastfeeding. 

    Makan icecream sorang dua...

    Teringin

    Wednesday, February 22, 2012

    Tiba tiba teringin nak makan Twisties. Hari ni lunch Subway @ KL Sentral. Singgah my.NEWS beli Twisties tomato. I likeee...
    Published with Blogger-droid v1.6.8

    200,000

    Tuesday, February 21, 2012
    Gen2
    2005-2012
    200,000 km on road



    Papa perasan meter Gen2 capai 200.000 km masa balik dari Rawang. Sanggup berhenti tepi jalan nak snap gambar. Lagi 2 tahun nak habis hutang...hope lepas langsai hutang kereta ada duit lebih beli rumah. So far takde plan nak beli kereta baru. Kena berjimat cermat. Nak beli property.

    So far kereta ni takde masalah major. Selesa untuk kami empat beranak. Thank Gen2 kerana berkhidmat untuk kami sekeluarga.

    Check mata Hosp Selayang

    Hari ni check up mata Danish di hospital Selayang. Mama n papa cuti sebab Wan pun ada appointment di KK Serendah. Tunggu Danish pergi tadika dulu. Nasib baik Danish tak tanya pape. Risau juga takut Danish taknak ke sekolah sebab mama n papa tak kerja. Tapi kami pakai baju macam nak pergi kerja dan kami dah siapkan jawapan kalau ditanya kenapa tak pergi kerja lagi hi hi hi...

    Hari ni rajin nak baca buku Cars
     Sorang satu buku, Darwish buku Thomas Danish buku Cars




    Hari ni aunty Rani lambat sikit datang. 8.26 am...kalau di tunggu macam tu la. Kalau tak selalu tu pukul 8.10 am dah sampai. 


    Good boy hari ni. Selalu Danish akan duduk depan. Sebab Danish orang terakhir yang aunty ambil. 


    Breakfast di pasar. Jumpa biskut kapal terbang. Waaa sedap sedap...mama beli 500 g...RM7 murah sikit dari  kedai runcit di ofis. Darwish suka tapi agak pedas. Jajan masa kecil2 dulu :)

    Credit to Google
    Pukul 10 am papa pergi tadika nak bayar yuran. Sambil2 tu saje nak jumpa teacher n nak tengok Danish macam mana di sekolah. Adik ikut eh...

    Tempat duduk n kawan2
    Balik papa jemput naik basikal...bestnya Danish :)


    Appointment pukul 2 pm. Kami makan di gerai nasi ayam sebelah bus stop. Orang kata sedap...marila cuba. Not bad yang penting kedai ni bersih dan selesa.

    Order nasi ayam n nasi tomato
    Masih awal belum ada orang makan

    Agaknya macam ni la Danish bila balik sekolah. Agak lapar. Nak suap sendiri. Habis sepinggan nasi ayam dia makan sorang...seronok tengok dia makan...bukan selalu dia makan banyak macam ni. Darwish pulak taknak makan...haaa nanti banyak la ragamnya tu bila tak makan.

    Rawang agak jam. Ngam ngam jer sampai hospital pukul 2 pm. Danish nangis2 nak main kat palyground. So papa pergi dulu ambil no, mama layan anak2 main palyground dulu. Hujan renyai2 pulak. First check mata dulu. Agak kelam kabut. Nurse pun ramai sangat...terlalu kalut nak tanya ni apa ni apa...uhh...resultsnya 6/8 n 6/10...agak bad untuk mata sebelah kanan. Patutnya kasi budak tu tenang dulu...ajar dulu gambar2 yang ada...tak payah ramai2 sangat assistant kat situ. Budak pun stress nak jawab...


    Lama menunggu no giliran nak jumpa Dr. Main dulu @ playground yang ada kat luar ni...takde mainan sangat pun. Hujan pun renyai2...adik pulak banyak sangat ragamnya. Danish pun suka menyakat. Penat rasanya...sekejap melalak, sekejap melalak...


    Dalam bilik Dr. Lepas ni takde appointment dah. Dr cuma suruh basuh mata dengan tuala direndam air panas. Basuh eyelashes dengan cotton bud. N pakai ubat mata. Tapi sebab mama tak puas hati dengan results mata. Dr kasi appointment untuk test vision mata. 


    Sebelum keluar bilik sempat timbang berat. Berat adik tak bertambah pun 11 kg jer. Danish 14 kg. 


    Serius hari ni sangat penat. Sebab adik banyak sangat ragam. Nak berdukung n tetek. Nak menangis nak mengamuk. Sampai sekarang masih taknak minum susu botol. Bergantung pada breastfeeding jer. Tak tahu sampai bila akan bertahan. Tengah belajar perangai baru, suka mengamuk n menjerit.

    Singgah Rawang minum petang. Dah penat n lapar. Memang lepas ni akan pangkah kedai Bangi Kopitiam @ Rawang ni. Tak sedap n semua minta takde. Roti bakar pun takde. Singgah kedai basikal. Saje nak survey basikal untuk mama. Tapi takde yang menarik. OTW nak balik jam pula kat Sg Choh. Arrhhhhh....sangat stress dalam kereta. Kalau tahu mcm ni, sebelum orang balik kerja dah blah dari pekan Rawang ni...asyik jam jer...sudahnya sampai rumah pkl 7 pm. Nasib baik Danish good boy nak buat kerja sekolah...

    Penatnya, esok kerja...hmmm...

    Rehal

    Sunday, February 19, 2012

    Jumaat lepas papa outstation ke Ipoh n Kuala Kangsar. Danish hepi sebab nnt papa balik awal. Singgah di Kuala Kangsar beli rehal untuk anak2. Kena beli dua. Satu kecil untuk Darwish, yang besar untuk Danish. Kalau tak gaduh nanti. Singgah Bidor beli buah limau bali n buah jambu merah...sedapnya :)

    Minta tolong Pak Lang sapukan syelek. Kasi shining sikit :)

    Bila dah sapu dua, kutip semua rehal sapu dengan syelek jgk...sudahnya bersusun 4 biji rehal jemur kat rumah Wan.

    Published with Blogger-droid v1.6.8

    Kayuhan

    First time bawa Danish untuk kayuhan basikal. Selalu sangat dengar iklan di Hot FM...Kayuhan Mega HOTFM. Ada dua tempat. Tapi papa choose nak pergi kayuhan di Shah Alam. Tak jauh sangat dari rumah.


    Ahad, 19 Feb 2012Shah Alam Extreme Park, Seksyen 13
    8.30 am - 10.30 am

    (pendaftaran jam 7.30 am)
    Shah Alam Extreme Park, Seksyen 13, Shah Alam.



    Anggaran sejauh 13.7 KM

    Route kayuhan
    Pukul 6.30 am Danish terjaga, terus turun bawah. Excited sungguh anak bujang sorang ni. Tapi adik pulak bangun awal, mama cuba tidurkan taknak pulak dia. Sudahnya pagi2 buta dengar suara adik nangis 'Nak ikut papaaaaaa...' kesian pulak mama dengar. 

    Ready to go
    Hari ni mendung. Dari pagi hujan rintik2. Nasib baik mama pakaikan Danish baju sejuk. Bawa bekal roti Butterscotch utk makan dalam kereta.


    Dalam ramai2 tu. Hanya papa jer yang bawa anak dalam carrier. Femes pulak jadinya Danish. Sebab dia sorang jer yang duduk dalam carrier untuk kayuhan ni. 




    Such an innocent face



    Ready dah ni

    One nice pic tapi Danish pulak malu2. 


    Yeah dapat air yer...dah habis kayuhan. Sekejap jer. Danish n papa antara yang terawal sampai...top 30 maybe.





    Upacara penutup n cabutan bertuah. 


    Lepas habis, papa bawa Danish makan KFC @ Giant. Lapar anak mama ni. Lepas makan main @ playground. Danish beritahu papa, pernah main dekat sini dengan mama...ingat lagi yer Danish...pandai...

    Dapat free lukisan. First time Danish main gambar pasir ni. Papa tolong Danish colorkan.. 


    Lain kali kalau ada kayuhan lagi Danish ikut lagi yer...overall papa berkayuh dalam keadaan cuaca mendung. Sangat best eh...dengan hujan renyai2...mama ada plan nak beli basikal...insyaALLAH nanti boleh la sama2 kita berbasikal...boleh bawa adik sama :)

    Anak...anak

    Saturday, February 18, 2012
    Maghrib semua nak ikut pergi surau...sebelum pergi mama warning n pesan jangan gaduh, jangan naughty...kalau tak Pak Lang babab...nasib baik dua dua baik...pergi surau Darwish duduk depan Danish duduk tengah. Balik dua dua nak duduk tengah...seronokla tu naik motor...tambah hujan renyai2...

    With Atuk n Pak Lang
    Papa dah siapkan basikal nak pergi kayuhan Mega HotFM esok...ajak mama n anak2 pergi kedai beli roti untuk breakfast esok...bila mama ikut semua nak duduk tengah...okla...kaki kangkang yer...jom pergi kedai...jalan2 dulu...pusing taman. Hujan masih renyai2 n 'Mama like it sooooo muchhhhh....' nyaman 

    Tunggu mama kunci pintu rumah yer
    Pergi kedai sorang satu nak keropok...sorang satu pinggan makan dalam kotak. Pesan duduk baik2 jangan gaduh...
    Mode boboi: asyik nak gaduh jer...lepas tu adik melalak...tu yang tak tahan

    Botol air pun sorang satu
    Time baik boleh duduk sama2...

    Mama baru basuh bakul ni, nak kemas permainan boboi kat atas...dah lama bertangguh2...bila nak kemas tengok kotak permainan ni kotor sangat. Kena basuh dulu...nampak gayanya tertangguh lagi minggu ni nak kemas toys korang...



    Assalammualaikum...

    Tuesday, 15th June 2010

    I launched my online shop



    Danisyiah Hijab

    Come and shop for nice hijab...thanks for your support :))